Author Info

Instagram

Facebook

Categories 2

Labels

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Wednesday 2 August 2023

APA MAKSUD MOT ? [leenaproperty0186697338]

 



Apa itu MOT?

MOT merupakan antara dokumen yang perlu ditandatangani oleh seorang pemilik baharu hartanah (hak milik strata atau individu) untuk memindah milik hartanah tersebut dari pemaju atau pemilik lama, bagi hartanah baru atau subsale.

Biasanya, jika pembelian sesuatu hartanah dibiayai pinjaman bank, MOT akan disediakan dan ditandatangani bersama-sama SPA dan dokumen pinjaman. Ini dibuat supaya pembeli tidak perlu turun naik pejabat guaman untuk menandatangani dokumen tersebut pada tiga peringkat yang berasingan. Pengecualian dibuat bagi hartanah yang masih dalam pembinaan, di mana MOT akan disediakan dan ditandatangani apabila geran strata atau individu telah dikeluarkan.

Walaupun MOT mengesahkan niat untuk membuat pindah milik, sebenarnya MOT hanya diperlukan apabila pejabat tanah ingin mendaftarkan nama pemilik baharu pada geran strata atau individu. Dengan kata lain, pemilik atau pemaju ataupun penjual (pemindah) ingin menyerahkan pemilikan tanah atau petak yang telah dipecah bahagi kepada pembeli iaitu penerima pindahan. MOT merupakan dokumen yang menyediakan maklumat mengenai penjual, pembeli dan hak milik tanah untuk rujukan pihak berkuasa negeri.


Apakah langkah dan dokumen yang terlibat dalam proses pindah milik ni?

Pertama, borang MOT (Borang 14A) akan disediakan. Ia menyatakan nama pemindahan pemilik lama ke pemilik baharu serta alamat mereka dan maklumat lain mengenai hartanah tersebut. 

Pindah milik ini mestilah untuk tujuan tertentu, umpamanya untuk bayaran wang atau kasih sayang, dan ini akan dinyatakan pada MOT. Untuk membuatkan satu MOT itu sah di segi undang-undang, dokumen tersebut perlu dicop dan diiktiraf oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan duti setem dibayar.

Jika pinjaman bank telah dibuat bagi membiayai pembelian hartanah, satu surat cara gadaian (Memorandum of Charge atau MOC) akan disediakan untuk ditandatangani oleh peminjam dan bank pemberi pinjaman. MOC (Borang 16A) berfungsi untuk memaklumkan pihak berkuasa negeri bahawa bank mempunyai pemunyaan benefisial atau gadaian ke atas hartanah tersebut, dan jika peminjam mungkir dalam pembayaran, bank boleh menyita dan melelong hartanah tersebut bagi mendapatkan baki pinjaman yang belum dibayar. MOC juga perlu dicop dan duti setem perlu dibayar mengikut nilai pinjaman.

Setelah MOT dan MOC ditandatangani dan dicop, dan pembayaran yuran RM100 untuk setiap satunya dibuat, dokumen-dokumen ini berserta geran hak milik tanah asal akan didaftarkan di dalam rekod pejabat tanah. Geran rumah yang telah dipinda akan dikeluarkan dengan menyatakan pemilikan dan gadaian terkini.


Apa berlaku jika geran rumah belum dikeluarkan?

MOT hanya digunakan dalam pindah milik hartanah di mana gerannya telah dikeluarkan. Dalam kes di mana geran telah dikeluarkan tetapi penjual belum membuat penyempurnaan pindah milik kepada namanya dan kini mahu menjual hartanah tersebut, pindah milik kepada pembeli baharu boleh dibuat secara Direct Transfer atau Double Transfer.

Dalam Direct Transfer, pemaju memberi kebenaran untuk pindah milik geran terus kepada pembeli dan hanya pemaju dan pembeli baharu akan menandatangani MOT. Ini biasanya melibatkan hartanah pegangan kekal (Freehold) yang gerannya belum disempurnakan.

Dalam Double Transfer, pemaju tidak memberi kebenaran yang sama. Pindah milik perlu dibuat daripada pemaju kepada pembeli dan daripada pembeli kepada pembeli yang baharu. Proses ini memakan masa kerana dua MOT perlu ditandatangani dan didaftarkan dan geran rumah perlu dipinda sebanyak dua kali. Kebanyakan Double Transfer melibatkan hartanah pegangan pajak (Leasehold) yang gerannya belum disempurnakan oleh penjual.

Dalam kes di mana pemaju belum memohon untuk memecah bahagi geran induk kepada geran strata atau individu, satu Surat Ikatan Amanah (Deed of Assignment) akan digunakan untuk merekod pindah milik hartanah tersebut antara penjual dan pembeli atau antara pasangan suami isteri serta dari ibu bapa kepada anak-anak. Di samping itu, keizinan pemaju perlu diperolehi bersama-sama Surat Ikatan Amanah tersebut.










#leenaproperty

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !