Author Info

Instagram

Facebook

Categories 2

Labels

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Thursday 5 December 2019

APA ITU HAK MILIK


ILMU ASAS MEMAHAMI STATUS DOKUMEN HAK MILIK

========================================================================

Kebiasaannya orang melihat geran itu untuk menunjukkan dokumen hak milik bagi sesebuah hartanah. Tak kira apa status atau jenis pegangan, semuanya dipanggil geran.

Selepas memahami perkongsian ini, bolehlah panggil dokumen hak milik ikut kesesuaiannya. Kerana sebenarnya, geran hanya salah satu jenis hak milik.


Ada 2 sahaja cetakan original satu dokumen hak milik.
1 disimpan di Pejabat Tanah,
1 lagi diberikan kepada pemilik. (Jika masih ada pinjaman, maka bank yang simpankan sebagai "security document")

*kalau yang fotostat tu tak kira. Kita sebutkan ni yang asli @ original sahaja.


Dokumen hak milik ini terbahagi kepada 2 tempat simpanannya. Samada di:

1. Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG)
2. Pejabat Tanah Daerah. (rujuk tempat daerah dalam dokumen)


Pembentukan satu dokumen hak milik pula ialah:

1. Qualified Title - Belum diukur halus
(Dikenali dan ditulis Hak Milik Sementara)
PTG      - HSD  - Hak Milik Sementara Daftar
Daerah  - HSM - Hak Milik Sementara Mukim


2. Final Title - Sudah diukur halus
(Ditulis mengikut kategorinya)

Akhirnya, selepas satu hartanah itu selesai diukur halus, maka akan terhasillah dokumen hak miliknya yang sebenar.

Merujuk kepada gambar rajah, boleh lihat laluan setiap dokumen hak milik mengikut tempat simpanan dan jenis pegangan. (freehold vs leasehold)


Sebagai contoh, jenis dan nama dokumen:

Pejabat Tanah Galian
i. Final Title  - Freehold     = GERAN
ii. Final Title - Leasehold   = PAJAKAN NEGERI 

Pejabat Tanah Daerah
i. Final Title  - Freehold      = GERAN MUKIM 
ii. Final Title  - Leasehold   = PAJAKAN MUKIM 


Kenapa PENTING pengetahuan diatas?

1. Membantu dimana anda nak buat carian persendirian / rasmi. Iaitu dimana dokumen asalnya berada.

2. Untuk, mengetahui maklumat sebenar hartanah tersebut dan jika adanya KAVEAT.

3. Untuk mengetahui dimana lelongan diadakan.
Dokumen Hak Milik PTG - Lelongan Mahkamah
Dokumen Hak Milik Mukim - Pejabat Tanah Daerah

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda semua untuk megenali apa itu HAK MILIK

Contoh Geran:



#leenaproperty

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !