Author Info

Instagram

Facebook

Categories 2

Labels

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Friday, 26 July 2019

FULL TIME ATAU PART TIME AGEN HARTANAH

FULL TIME ATAU PART TIME?

.
Ramai REN yang dalam DILEMMA sama ada nak jadi REN full time atau part time.
.
Tambahan pula, bagi mereka yang dah berkeluarga, ada komitmen, dah biasa pegang duit gaji tiap2 bulan dan ada hutang piutang yang perlu dilangsaikan.
.
Nasihat admin macam ni, kalau anda nak berhenti kerja dan jadi REN full time, anda perlu TANYA diri anda sendiri adakah anda mampu untuk: -
.
a) sara keluarga dan diri anda sendiri dengan duit simpanan yang ada sekurang-kurangnya 6 bulan. Nak lagi bagus, untuk tempoh SETAHUN. Kalau simpanan anda masih tak memadai untuk itu, maka anda boleh consider untuk jadi REN separuh masa;
.
b) bayar segala hutang piutang anda dengan duit simpanan. Sama juga tempohnya untuk 6 bulan hingga setahun;
.
c) kerja bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti penat lelah dan tak kira masa. Anda tak boleh anggap yang kerja sendiri especially nak jadi REN ni mudah. Banyak perkara yang anda perlu belajar dan tahu sebelum anda menjalankan urusan sebagai seorang REN yang professional;
.
d) buat baik dengan semua orang, terutamanya dengan rakan2 REN. Ya, untuk berjaya dalam bidang ni, anda MESTI BINA NETWORKING anda dengan rakan2 REN daripada agency lain. Ini untuk memudahkan urusan jika anda ada listing yang boleh di kongsikan bersama (Co-A) dengan rakan2 REN yang ada prospek pembeli. Just share the cake with anybody who is willing to help you;
.
e) bina REPUTASI anda sebagai seorang REN yang professional dan berjaya. Tarik seberapa banyak prospek penjual dan pembeli untuk SUKA dan YAKIN dengan anda. Salah satu caranya ialah dengan membina FB page berkaitan hartanah, tarik seberapa ramai orang untuk like dan follow page anda, sebarkan maklumat dan tips berguna dalam page tersebut untuk creat "engagement" dan pastikan anda ada ILMU yang bermanfaat dan bersesuaian untuk menjawab segala pertanyaan mereka. Ini memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun dan anda perlu bersabar sebab bukan senang nak buat orang yakin dengan kita kan!
.
So, kalau anda TELAH MEMPUNYAI SEMUA ASAS DI ATAS, anda mungkin boleh memikirkan untuk menceburi bidang REN secara FULL TIME. Kalau belum, jangan risau, anda boleh je jadi REN secara PART TIME dulu. Belum cuba belum tahu kan??
.
Kalau berminat nak tau lanjut tentang bidang kerjaya sebagai seorang REN, boleh email admin di leenaproperty8@gmail.com atau pm je admin kat sini. Insyaa Allah admin cuba kongsikan kepada anda tips2 yang bermanfaat untuk memudahkan anda membuat keputusan.


#leenaproperty#amarealtorqueen@buysellrentinvestmentproperty#leenapropertyforsale#recruite#ren#fulltime#parttime

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !