Author Info

Instagram

Facebook

Categories 2

Labels

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Thursday, 19 November 2020

JOM JADI PERUNDING HARTANAH [60186697338]

Perbezaan antara Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah

Jika anda berminat untuk ceburi bidang hartanah, sebaiknya baca artikel ni. Ianya dapat memberi garis panduan tentang cara menjadi ejen hartanah.



LATAR BELAKANG

Saya Puteri Norazleena Azmie lebih dikenali sebagai Leena Property.Saya telah menceburi bidang hartanah ini lebih kurang 7 tahun.Kepakaran saya adalah membantu lebih ramai lagi klien untuk memiliki Rumah pertama dan juga rumah idaman mereka dengan deposit yang rendah

Saya kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Stamford College Petaling Jaya.Kerjaya saya selepas habis belajar memang jauh sekali dari bidang yang saya belajar.

7 tahun yang lalu saya ditawarkan sebagai perunding hartanah oleh kawan saya.Saya memang tidak pernah terfikir langsung untuk buat SALE!!

Saya cuba, walaupun waktu itu memang tak tahu apa-apa skop kerjanya.Saya banyak mengikuti sifu-sifu hebat dari SOCMED hinggalah menghadiri seminar hartanah yang dianjurkan.Saya banyak buat carian tentang hartanah.Pada tahun 2014 Ren tag wajib di ambil.Saya menghadiri kursus 2 hari bersama Tn.Hj.Ishak Ismail.

Akhirnya berjaya memiliki Ren Tag.Selepas itu saya banyak menghadiri Kursus seperti kursus Lelong dan Juga Property Management.

Di sinilah bermulanya tapak kerjaya saya sebagai Perunding Hartanah.Inshaa allah ada rezeki tahun hadapan sekiranya permohonan saya lulus saya akan mengambil Kursus sebagai Ejen Hartanah.Tujuannya untuk meluaskan lagi bidang kerjaya saya.Bidang hartanah ini terlalu luas.Tak akan pernah habis ilmu-ilmu yang dicari.

Buat ketika ini saya mempunyai lebih daripada 30 orang perunding hartanah.Ada yang aktif dan ada yang tidak aktif.
Dalam bidang hartanah ni Keyakinan dan Kesabaran perlu ada dalam diri seorang perunding hartanah untuk lebih berjaya.

Kandungan




Ejen Hartanah Vs Perunding Hartanah?

Ejen Hartanah

Ejen hartanah ni adalah mereka yang ada sijil, diploma atau graduan kelulusan dalam bidang hartanah. Kemudian buat logbook dan praktikal selama 2 tahun. Selepas ditemuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Ejen Hartanah. Boleh dah buka agensi hartanah bila dah lulus dan dapat lesen.Maka disini agensi bolehlah rekrut perunding hartanah mengikut syarat LPPEH.

Perunding Hartanah

Perunding hartanah ni pula dilantik oleh agensi hartanah untuk menjalankan urusan jual beli hartanah bagi 2 pihak.Iaitu penjual dan pembeli.Skop tugasnya adalah merunding sesebuah hartanah sehingga kedua pihak bersetuju atas transaksi tersebut. Bila perunding hartanah  berjaya jual rumah, komisyen akan dibahagi antara mereka dan agensi ikut peratusan yang di tetapkan.


BOLEH KE BUAT DUIT DENGAN KERJAYA NI?

1) Dari Komisyen Jualan dan Sewaan

Dari mana datangnya pendapatan seseorang perunding hartanah? Cuba bayangkan sekiranya anda berjaya menjual 1 unit rumah yang berharga RM800,00. Melalui jualan ni anda akan dapat Komisen. 

Komisyen yang diterima pula ialah 3.% (standard komisen yang dipraktiskan di Malaysia) iaitu RM24,000. Dan 6% dari komisen  3%  RM1,440.00 akan di bayar kepada agensi atas servis perkhidmatan kita. Daripada RM24,000 ini anda akan berkongsi dengan agensi.

Nisbah perkongsian ini bergantung kepada kelayakkan anda. Katakan anda layak terima 70% daripada jumlah komisyen tersebut, pendapatan anda ialah RM16,800.

Bayangkan anda jual 3 unit rumah berharga RM800,000. Pendapatan anda untuk bulan tersebut ialah RM50,400.Wowww!!! Ini baru 3 unit.Kalau anda jual lebih dari 3 unit.Cuba bayangkan. Tak mustahil pun. Pasti anda boleh. Ejen yang sentiasa fokus dan berjaya, jual lebih dari 8 unit sebulan. 

2) Dapat Referral Fee Peguam

Referral fee peguam ni sebagai side-income sahaja. Anda perkenalkan pembeli kepada peguam untuk urusan jual beli dan mereka akan beri duit referral.Bagi saya memang jarang sekali saya ambil duit referral tu.Sebab yang penting kerja-kerja saya dapat dilunas dengan segera.Komisen di agensi lagi banyak.

Skop Kerja Perunding Hartanah

Kerja perunding hartanah ni ada dua jenis pelanggan: pemilik hartanah dan pembeli hartanah.

Skop kerja dengan pemilik hartanah adalah seperti berikut:

  • Bina hubungan dengan pemilik hartanah untuk dapatkan senarai untuk dijual.
  • Membuat inspection hartanah.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemilik hartanah.
  • Dapatkan harga pasaran yang terkini dari pihak penilaian
  • Memasarkan hartanah untuk dapatkan pembeli.
  • Menjaga hak pemilik hartanah dengan baik.

Skop kerja dengan pembeli hartanah:

  • Menganggap bakal pembeli seperti kawan
  • Semaklah dulu kelayakan pembeli untuk belian hartanah.
  • Bawa bakal pembeli ke unit jualan untuk viewing.
  • Menjalankan rundingan harga hartanah 
  • Ambil duit Booking 3.18% dan isi borang Offer To purchase
  • Membantu pembeli dapatkan khidmat guaman dan pinjaman.
  • Menjaga hak pembeli hartanah dengan baik.

Kelebihan Menjadi Perunding Hartanah

1) Beri Impak Besar

Kerja perunding hartanah ni ada impak yang besar. Keputusan untuk jual atau beli rumah oleh klien anda ni bukan kecil. Tu adalah antara keputusan besar hidup mereka. Menjadi pemudah cara untuk keputusan ni adalah tugas yang murni.

2) Kawal Masa Depan

Dengan menjadi perunding hartanah ni,pengurusan masa terletak di tangan anda sendiri untuk mengurusnya.Anda adalah boss dan juga pekerja.Tak ada majikan yang akan memantau anda.Kalau ada majikan, anda rajin pun belum tentu majikan suka dan masa depan anda terjamin.Terpulang pada anda, Nak berjaya anda perlu Rajin, kalau malas anda Gagal

3) Pendapatan Lumayan

Pendapatan perunding hartanah ni sangat lumayan. The sky is the limit orang kata. Kalau kita betul-betul fokuslah.Kompem boleh dapat.

4) Masa Fleksibel

Masa anda lebih fleksibel.Tidak terikat.Anda perlu pandai menguruskan masa. Akan ada masa yang lebih untuk bersama keluarga.Tetapi perlu tahu tanpa pengurusan masa yang betul,anda juga yang bermasalah nanti.Tiada jualan!

5) Modal Minima

Berbanding bisnes lain, bisnes dalam bidang hartanah ini modalnya sangat rendah. Anda boleh rujuk bahagian ‘Modal Permulaan’ untuk ketahui lebih lanjut. Berbanding dengan bisnes lain, kos nak mula bisnes dengan menjadi perunding hartanah ni adalah rendah.

6) Masa Depan Cerah

Dalam Malaysia Hartanah ni sentiasa ada permintaan.Penduduk tak akan berpanjangan mahu menyewa.Kadang-kadang supply rumah sangat berkurangan.Pembeli ramai.Nampak macam banyakkan.Tetapi harga mampu milik tak banyak.Kuasa membeli makin ramai.

Bila kuasa pembeli ramai kerjaya sebagai perunding hartanah pun akan berkembang dengan sendiri.Sebagai contoh, sekiranya team anda dah ramai dibawah anda fikirkan lah untuk mengambil lesen penuh.Satu hari ada rezeki anda boleh buka agensi sendiri


Cabaran Menjadi Perunding Hartanah



1) Rejection

Dalam bidang ni tak sentiasanya rasa Indah. Bukan hari-hari CLOSE SALE.Yang penting jiwa mesti kuat @ Kental. Dalam kerjaya ni anda perlu bersedia dengan cabaran yang datang.Fikiran harus positif. Rejection itu datang dari pelbagai sudut. Contohnya:-


  • Dah bawa klien view rumah tapi tak jadi beli
  • Ada je klien yang window shopping
  • Kadang-kadang bila klien dah suka dia boleh pergi direct jumpa tuan rumah.Kes sailang 
  • Dah bayar booking, tapi loan bank pula tak lulus.
  • Ada juga klien dah book, tuan rumah tak jadi jual pula
  • Ada pula dah bayar booking tiba- tiba tuan rumah nak naikkkan harga jualan.Sebab dengar cakap penasihat.
  • Ada pula dah bayar booking, rumah dah masuk lelong tapi tuan rumah taknak bagitahu
  • Ada pula loan dah lulus,LO dah signed dan S&P dah signed.Tiba-tiba pembeli nak cancel.

Bila terjadi rejection macam ni pasti akan ganggu momentum untuk perunding hartanah baru. Tapi anda kena positif. Mesti kata ‘Next!’ dan teruskan usaha.

2) Ada Naik Turun

Perunding hartanah ini sama juga bisnes lain. Ada pasang surutnya.Ada satu masa anda bole jual 5-7 unit. Inilah musim jualan. Ada masa dapat jual 3 unit sahaja.Kadang-kadang sampai tak ada jualan langsung.Yang penting jangan putus asa.

Bila baru bermula lagi la. Tiada jualan tu merupakan satu bebanan yang besar. Saya pun pernah lalu situasi yang sama.

Yang penting dalam kerjaya ni anda kena perisaikan diri anda dari kata-kata monolog negatif terhadap diri sendiri. Mesti teruskan berusaha walaupun tiada jualan. Banyakkan bersabar. Fikiran harus sentiasa positif.

Kalau fokus dan berusaha pasti akan buat jualan.

3) Sukar Nak Dapatkan Senarai Rumah Untuk Dijual

Yang ini sentiasa berlaku pada perunding hartanah yang masih baru.Saya panggil NEWBIE. Memang sukar untuk dapatkan (listing).Sebab tak ada pengalaman.Tetapi sebenarnya dengan cara dan teknik yang betul taklah susah mana sangat. Tapi nak dapat listing yang berkualiti memang susah.Ada cara sebenarnya nak dapatkan listing berkualiti.Tapi saya tak nak berkongsi dalam topic saya kali ini kerana ianya topik yang advance dan akan mengelirukan anda

4) Pengetahuan Dan Pengalaman

Sebagai perunding hartanah, anda kena cepat-cepat lengkapkan diri dengan ilmu hartanah. Rajinla bertanya dengan leader, senior negotiator untuk mendapatkn ilmu.Kalau anda hanya mendiamkan diri dan mengharapkan leader anda bertanya, ianyakan akan mendatangkan kesukaran untuk anda menjual rumah pertama dan anda merasakan bidang ini sangat sukar.

Anda mesti tahu prosedur & proses jual beli rumah. Step permulaan dan seterusnya.

Selain tu, anda perlu tahu teknik dan ilmu pemasaran yang betul.Ini sangat penting. Kalau setakat ada listing tetapi tidak tahu cara pemasaran dan medium apa yang sangat efektif untuk digunakan..Bukan semua jenis rumah sesuai untuk dipasarkan disetiap medium. 

Disamping itu juga mungkin ada ilmu yang anda belajar dari pengalaman sebelum ini. Contohnya sebuah lokasi dan nilai pasaran rumah sesuatu kawasan.

Dengan cara membaca tidak semua atau kadang-kadang belum tentu anda akan mendapat ilmu tu.Tapi pengalaman sebegini anda akan dapat bila anda betul-betul fokus dan berminat dalam bidang ini. Anda akan belajar dengan cepat.

Syarat Dan Kelayakan

Syarat untuk menjadi perundingan hartanah tiada syarat yang minimum.Yang penting anda harus ada minat, ada basic kemahiran IT.Anda juga mesti ada kenderaan sendiri. Dari segi kelayakan, lepasan SPM pun dah layak.

Contohnya jika anda seorang banker suatu ketika dahulu, pasti anda ada kelebihan dalam pengurusan kewangan.Jadi selok belok dalam hartanah bukan satu masalah bagi anda lagi.

Jika anda bekas jurutera, anda pasti boleh menerapkan work ethic dalam kerjaya perunding hartanah ini

Sekirnya anda bekas peguam, kelebihan anda adalah, anda ada kelebihan dalam memahami isi kandungan dalam kontrak perjanjian.

Dan sekiranya anda ni bekas agent insuran, kelebihan anda adalah, anda memiliki database client.Ini memudahkan kerja-kerja anda sebagai perunding hartanah.

Apa yang saya mahu sampaikan adalah kerjaya sebagai perunding hartanah ini adalah kerjaya Universal.Tidak kira apa pun kerjaya atau pengalaman anda sebelum ini, anda pasti boleh berjaya.Yang penting berusaha.


Cara Menjadi Perunding Hartanah

1) Hadir Kursus Perunding Hartanah

Kerjaya perunding hartanah ni ada badan pemantau. Badan pemantau tu ialah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.

Sebelum memulakan kerjaya, anda mesti daftar dan hadir ke kursus 2 hari perunding hartanah. Yang dikelolakan oleh agensi atau institusi yang berdaftar

Kursus ni wajib. Antara topik yang anda akan belajar ialah:

  • Pengenalan kepada pasaran hartanah
  • Asas industri hartanah
  • Piawaian Agensi Hartanah Malaysia
  • Praktis agensi hartanah
  • Kemahiran membuat rundingan
  • Asas guaman hartanah
  • Undang-undang berkaitan hartanah
  • Kemahiran IT dalam hartanah

Selepas selesai kursus perunding hartanah selama 2 hari, anda akan terima sijil. Kemudian salinan sijil ni akan diberi kepada agensi. Agensi kemudian akan daftarkan anda ke LPPEH.

2) Daftar Dengan Agensi

Setelah anda hadir ke kursus perunding hartanah tu, anda boleh lah daftar dengan agensi hartanah. Tapi boleh je nak daftar dengan agensi dulu. Kemudian baru pergi kursus.

Agensi hartanah ni ada banyak. Yang patut anda sertai ialah agensi yang dapat bagi value added kepada anda. Dari segi sokongan, gerak kerja, career development.

Dalam bahagian seterusnya saya beri sedikit tips macam mana nak pilih agensi yang baik.


Tips Pilih Agensi Hartanah

Jika anda berminat nak jadi perunding hartanah, lebih baik anda buat pilihan yang betul.Carilah agensi yang bagus.Macam mana nak tahu bagus atau tidak! Anda perlu membuat carian dalam goggle, bertanya dari kenalan perunding hartanah. Bertanyalah leader semasa interview. Saya kongsikan sedikit info.Harap mampu bagi pandangan buat anda yang sedang mencari agensi hartanah.

1) Semak lesen agensi: Anda boleh cek di web LPPEH.Supaya anda tidak tersalah pilih.

2) Bilangan perunding hartanah: Kalau ada perunding hartanah yang ramai, sekurang-kurangnya dapat membantu berkongsi listing dan dapat berkongsi ilmu.

3) Latihan:Seminggu sekali ada latihan untuk perunding hartanah.Ini dapat memantau aktiviti perunding hartanah.Supaya anda lebih fokus.

4) Team Leader: Sebagai perunding hartanah yang baru, anda perlu tahu ada tak team leader yang akan membantu.Kerana team leader ini lah yang akan beri panduan dan akan membantu anda.Dia adalah mentor dan coach anda.

5) Team work: Carilah agensi yang buat kerja berpasukan.Hal ini anda perlu selidik dulu.Kena buat kaji selidik.Bila ada kerja berpasukan ini petanda agensi yang baik.Dalam masa yang sama ini dapat membantu anda lebih bersemangat.Lebih banyak close SALE!


Modal Permulaan & Kelengkapan

1) Modal

Dalam apa pun perniagaan.Modal permulaan pasti ada.Sama juga untuk menjadi perunding hartanah.Tapi modalnya tak la setinggi perniagaan lain.Anda hanya perlukan Rm600 sahaja untuk hadir ke kursus perunding hartanah.

Selesai kursus boleh la anda terus daftar dengan agensi. Biasanya yuran yang dikenakan dalam lingkungan RM200 ke RM600 bergantung kepada agensi.Setiap agensi berlainan cara.Yuran yang tinggi kadang-kadang ada package yang menarik seperti training class untuk newbie, business card, banner, lanyard dan juga baju koporat

Selain itu anda perlu ada budget pemasaran.Ada beberapa pakej dan harga untuk budget pemasaran anda.Mungkin untuk permulaan anggaran dalam RM300-RM500 sudah memadai untuk bajet pemasaran.

Ada juga cara pemasaran yang percuma seperti Facebook, Instagram, Blogger

Sebelum memulakan karier sebagai perunding hartanah, anda perlu ada membuat simpanan sara hidup untuk beberapa bulan.Sementara nak menunggu anda dapat CLOSE SALE dan claim commission.Budget ni penting untuk 3-4 bulan yang pertama untuk anda bergerak.

Seawal anda menjadi perunding hartanah mungkin anda memerlukan sedikit masa untuk belajar selok belok dalam hartanah.Jika anda fokus pasti cepat anda belajar.

Kalau rezeki anda cepat dan dapat menjual dalam bulan kedua, sekurang-kurangnya anda memerlukan tempoh 2 bulan untuk mendapat komisen pertama anda dalam hartanah.Itu pun sekiranya tidak berlaku apa-apa sangkut dari pihak bank untuk permohonan loan klien anda.Yang penting anda perlu ada persedian diri sebelum menjadi perunding hartanah. 

Secara kasarnya, saya anggarkan anda perlu ada budget min RM5000 untuk permulaan.Saya rasa semua pun mampu.

2) Kelengkapan

Kelengkapan minimum yang anda mesti ada ialah:

  • Komputer atau laptop
  • Telefon bimbit
  • Kad bisnes
  • Banner
  • Pita ukur

Ni kelengkapan paling asas. Kad bisnes dan banner tu agency akan sediakan dan mungkin termasuk dalam kos pendaftaran. Jika tak cukup, kena ambil kira dalam bajet permulaan.

Boleh ke buat separuh masa?

1) Susah Nak Fokus

Bila orang tanya soalan ni, jawapan saya senang je.Tak ada kerja yang senang kalau anda tak fokus.Boleh ke kita nak buat 2 pekerjaan dalam satu masa? Sedangkan dua-dua ni perlukan komitmen yang tinggi.

Jadi perunding hartanah separuh masa ni susah nak fokus.Dengan kerja yang sedia ada lagi.Waktu klien nak tengok rumah, anda tentu sibuk dengan kerja-kerja anda.Klien telefon mungkin anda tak sempat nak jawab,mungkin anda dalam meeting.Kadang-kadang agensi ada buat training, anda tak dapat hadir.Jadi banyak perkara akan terlepas.Sebab itu saya tak mencari pekerjaan lain atau menambah bidang perniagaan lain.Kerjaya sebagai perunding hartanah ini pun dah cukup sibuk.

Akhirnya, dua-dua kerja cukup makan je. Tak dapat yang terbaik. Diri sendiri pun rasa bersalah kerana buat kerja lain semasa waktu kerja.

2) Sukar Nak Dapat Kepercayaan

Bukan setakat anda susah nak fokus.Bila anda pergi viewing dengan bakal pembeli, bila dia bertanya anda buat full time atau part time?Anda sebut sahaja part time pembeli ataupun pemilik rumah macam tak confident je dengan anda. Mereka pun terfikir mampu ke anda ni jual rumah dia. Pembeli atau pemilik susah nak beri kepercayaan.

3) Fleksibel Bukan Banyak Masa

Masa memang fleksibel tetapi tidak bermakna banyak masa yang terluang.Contohnya, setiap hari sabtu dan ahad adalah hari yang sibuk buat seorang perunding hartanah.Penuh dengan aktiviti viewing dan inspection.Kerana hari ini sahaja klien cuti bekerja. 

Kalau hari Isnin hingga Jumaat, anda perlu cari leads untuk appointment Sabtu dan Ahad. Dan selalunya anda akan pergi berjumpa dengan lawyer dan banker untuk menyelesaikan urusan document pembeli.

 Akhirnya, kerjaya ni akan jadi full-time juga. Dan saya sendiri sarankan anda buat full-time.

4) Tips

Dalam bidang hartanah ni anda perlu yakin dan berani.Kalau risau nak buat full time,tapi percayalah rezeki itu datangnya dari Allah Swt.Yang penting anda berusaha.

Sebenarnya ramai yang telah berjaya dalam bidang ni. Mereka pun alami dilema yang sama.Tapi mereka betul-betul fokus dan berani.Akhirnya mereka berjaya menjadi perunding hartanah.Yang penting sentiasa ada niat nak belajar dan berusaha.Soal takut tu tolak sebelah.

Kerjaya Ejen Hartanah Ni Sesuai Ke Untuk Wanita


1) Wanita Selalu Dapat Jualan Tertinggi

Walaupun perunding hartanah kaum lelaki lebih ramai dari kaum wanita, tetapi setiap bulan yang banyak buat jualan adalah perunding hartanah wanita.

Mungkin kerjaya ni sesuai untuk lelaki. Tak semua wanita mampu dengan skop pekerjaan yang mencabar ini.Tetapi setiap bulan yang buat tu kebanyakkannya berjaya adalah wanita.Selalu dapat jualan paling tinggi.


2) Penghalang Utama Ialah Persepsi…

Ramai wanita yang tak berani mencuba kerjaya ni.Persepsi mereka adalah, kerjaya seperi ini hanya layak buat lelaki sahaja.Anggapan mereka salah sama sekali.Tiada istilah lelaki atau wanita.Yang pentingnya wanita lebih fokus berbanding lelaki.

3) Dan Keyakinan Diri

Satu lagi penghalang untuk wanita ialah keyakinan diri. Ramai yang bagi alasan kerjaya ni untuk lelaki. Tapi sebenarnya hanya untuk tutup masalah tidak percaya kepada diri.

Kalau anda ada keyakinan, boleh berkomunikasi dengan baik, insyaAllah tiada masalah.

Kalau tiada keyakinan pun, inilah platform untuk anda.

Kerjaya ejen hartanah ni akan cabar diri anda untuk bina keyakinan dan jadi lebih baik.

Tak Glamm La kerjaya ni!

Salah tu anda. Saya tanya anda, kerjaya apa yang ada TV Show sendiri? Peguam, doktor, chef, detektif dan…ejen hartanah! Tak percaya boleh tengok TV Show Million Dollar Listing ni. Huhu.

Tapi anda harus tepuk dada tanya hati. Kalau anda dapat kehidupan yang lebih baik, ada masa fleksibel, apa sangat lah persepsi tu.

Dan yang paling penting, kalau anda dapat beri yang terbaik untuk keluarga anda, pedulikan je la persepsi tu.

Jangan fikir persepsi, fikirkan peluang. Dan persepsi tu akan hilang bila anda dah berjaya.

Kenapa Ada Yang Gagal?

Ramai yang berjaya dalam bidang ni. Tapi ada juga yang tak berjaya. Bila saya buat analisa, faktor utamanya adalah seperti berikut.

1) Buat separuh masa: Ni adalah punca utama. Bila ada kerja tetap sukar nak beri perhatian dengan kerjaya ni. Macam yang saya kata, kalau anda jadi ejen hartanah, mesti buat sepenuh masa.

2) Tak fokus: Ada yang tak fokus sebab ada bisnes lain. Tak salah ada bisnes lain, tapi kena pandai urus masa.

3) Tak makan nasihat: Ada yang buat sepenuh masa, fokus, tapi gagal juga kerana tak ikut nasihat. Nasihat orang berpengalaman kena ikut. Mereka ni dah ‘makan garam’ dulu.

4) Disiplin dan etika kerja: Kalau tiada etika kerja, memang akan gagal.

5) Tak bersedia: Ada yang buat kerja ni tak bersedia dan melulu. Contohnya, tak bersedia dari segi kewangan dan expect bila jual rumah terus dapat komisyen. Sedangkan jualan hartanah ni ambil masa sebelum dapat komisyen tu.

6) Cepat putus asa: Akan ada saat dalam kerjaya ni, semua yang anda buat serba tak kena. Klien view rumah tapi tak terjual. Pinjaman untuk kes lain yang dah close pula tak lulus. Anda mesti cekal dan redha dalam kes macam ni kalau nak bertahan lama dalam industri ni.

7) Tidak bekerjasama: Tidak memberi komitmen yang baik dengan team atau tidak mahu bekerjasama.

Apa Ilmu Yang Perlu Ada Untuk Jadi Perunding Hartanah Yang Berjaya

Berjaya tu banyak maksud. Untuk permulaan ni anda kena buat sasaran untuk survive dalam kerjaya ni selama setahun. InsyaAllah, bila anda berjaya pada tahun pertama, tahun kedua tu mudah.

Untuk pastikan anda lepasi tahun pertama yang getir ni, ilmu asas yang anda perlu ada ialah:

  • Memahami skop kerja dan apa yang saya panggil sebagai ‘pipeline’ jualan.
  • Mengetahui proses jual beli rumah.
  • Ilmu asas guaman.
  • Penjenamaan diri.
  • Cara mencari listing.
  • Cara buat inspection rumah.
  • Cara berunding dengan pemilik rumah.
  • Medium pengiklanan dan cara nak iklankan rumah.
  • Macam mana nak dapatkan pembeli yang berkualiti.
  • Cara nak buat viewing.
  • Cara nak memudah cara pinjaman pembeli dan perjanjian jual beli rumah.

Agensi dan team leader akan latih anda untuk mahir pengetahuan ni. Di agensi saya latihan tentang topik-topik ni dibuat setiap minggu oleh team leader.

Kehidupan Seharian Sebagai Perunding Hartanah

Apapun yang penting saya betul-betul enjoi dan gembira dengan kerjaya sebagai perunding hartanah.Mencari rezeki dan disamping itu dapat membantu dan menyelesaikan masalah orang.

Kesimpulan

Semoga perkongsian saya kali ini dapat membantu lebih ramai lagi yang berminat nak menjadi perunding hartanah ataupun ejen hartanah.Info ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan buat anda.


Sekian

-Terima Kasih-








#leenaproperty#jomjadiperundinghartanah 


No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !