Author Info

Instagram

Facebook

Categories 2

Labels

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Thursday 24 October 2019

JOM BACA INI!!!

 beli APARTMENT atau KONDOMINIUM, Baca ni dulu!

7 Perkara yang anda perlu perhatikan sewaktu melawat rumah apartmen yang anda ingin beli.

1) Semasa hendak masuk ke kawasan apartmen, adakah pihak pengawal keselamatan menjalankan tugas dengan baik atau tidak, ini penting untuk memastikan keselamatan anda betul-betul dijaga, dan bukan sekadar pondok untuk melepaskan batuk di tangga.

2) Perhatikan bilangan sepanduk iklan untuk dijual/disewa, sekiranya terlalu banyak bertebaran, berkemungkinan besar bilangan unit yang berpenghuni tidak banyak dan akan menyebabkan kutipan wang penyelenggaraan tidak mencukupi dan bakal menyebabkan kualiti kebersihan dan penyelenggaraan bangunan tidak mencapai tahap yang anda harapkan. Sekiranya ada banyak unit untuk dilelong disana, elakkan membeli untuk tujuan kegunaan sendiri.

3) Singgah di pejabat pengurusan, lihat maklumat yang dinaikkan di papan notis, perhatikan samada notis diselengara dan dikemaskini selalu, bertegur sapalah dengan pegawai bertugas, bertanya tentang unit yang anda hendak beli tu, kalau pandai tanya boleh dapat maklumat tunggakan sekiranya ada. Perhatikan juga kualiti servis mereka dan tahap keseronokan mereka bekerja, ini penting untuk kita kenal pasti adakah bangunan tersebut diuruskan oleh kumpulan orang yang produktif atau kumpulan orang yang tertekan.

4) Semasa melawat unit yang ingin dibeli, perhatikan kesan air di bucu-bucu siling bahagian dapur, dalam dan luar tandas. Sekiranya ada kesan lelehan air, anda kena bersedia untuk berurusan dengan pemilik rumah atas kelak.

5) Perhatikan kesan air bahagian bawah dinding luar bilik air, biasanya pemilik sebelum akan meletakkan almari di bahagian ini, kenalah intai sikit, dalam situasi masalah kebocoran yang parah, akan tumbuh kulat di belakang almari tersebut. Ini akan menyebabkan anda terpaksa tanggung kos baik pulih selepas membeli, ingat bukan dinding luar yang perlu di baik pulih, namun dinding dalam bilik air dan bakal menelan belanja yang lebih besar.

6) Cuba buka setiap paip yang anda jumpa, untuk memeriksa, keadaan kepala paip dan kualiti tekanan air, untuk memastikan sistem paip bangunan tersebut ada masalah tersumbat atau tidak.

7) Jika apartmen tersebut ada kolam renang/gimnasium, wajib untuk anda singgah. Selain untuk melihat keadaan penyelenggaraan & keselamatan fasiliti tersebut, perhatikan pengunjung yang datang ke sana, samada keluarga, anak-anak muda atau kumpulan pengunjung dari kumpulan orang tertentu yang mungkin tidak sesuai dengan adat resam anda. Ini penting, kerana tempat sebegini akan menjadi tempat kegemaran anak-anak anda dan pengunjung lain akan menjadi salah satu faktor pengaruh sosial mereka kelak.

Namun begitu, tip ini Cuma terpakai untuk pembelian subsale sahaja, untuk projek baru yang belum siap bina lagi, jangan jadikan unit contoh tersebut sebagai sandaran untuk anda memerhatikan semua perkara di atas, ia tidak relevan!
Selamat membeli dengan membuat pilihan yang tepat dan tidak murung berpanjangan 😅

#leenaproperty
#subsaleproperty

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !