Author Info

Instagram

Facebook

Categories 2

Labels

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Thursday 24 October 2019

APA ITU RPGT ATAU CKHT

Apa Tu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) Atau RPGT?


Sape yang nak membeli atau melabur dalam hartanah kena paham dulu apa bende tu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dalam bahase Inggerisnye Real Property Gains Tax (RPGT). Kena tau ape maksud dier, bile nak gune dan macam mana cukai tu dikira ye!

 Jom Berkenalan Dengan CKHT/ RPGT
CHKT atau RPGT adelah cukai yang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kenakan pade keuntungan daripade pelupusan hartanah. Kirenye, bile korang dah jual hartanah akan ade keuntungan bersih kan, cukai akan dikenakan atas tu ler! So, kalau ade yang menjual rumah tu, jangan wat-wat lupe lak pasal cukai ni lepas ni yer, nanti kena denda kang.
Cukai ni jugak dikenakan pade pelupusan syer dalam mana-mana syarikat yang ade 75% asset nyata dalam bentuk hartanah, contohnye cam Syarikat Hartanah.
CKHT/RPGT ni sebenarnye dah diperkenalkan pade tahun 1976 di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, tapi antara April 2007 sampai Disember 2009, cukai tu dikecualikan untuk sementare. Sampai ler tahun 2010, baru cukai tu diperkenalkan balik pade orang ramai.
Satu perkare penting yang korang kena tau ialah kadar yang nak kena bayar tu bergantung pade entiti yang dikenakan CKHT/RPGT dengan tempoh pemegangan hartanah yang nak dijual tu. Tempoh pemegangan tu maknenyer tarikh Perjanjian Jual Beli, atau Sales & Purchase Agreement (SPA), serta tarikh pelupusan dokumen tu.
Sebelum ni, warganegara atau pemastautin kat Malaysia yang melupuskan hartanah dalam tempoh 5 tahun pertama dari tarikh pemerolehan akan dikenakan CKHT/ RPGT. Kalau dah lebih dari 5 tahun tu, cukai tu 0% je. Tapi lepas Bajet 2019, warganegara Malaysia yang melupuskan hartanah lepas 5 tahun pertama pun kena jugak bayar CKHT sebanyak 5%.
Kalau penduduk bukan pemastautin ataupun syarikat pulak, dorang kena bayar CKHT sebanyak 10% untuk pelupusan hartanah lepas dari 5 tahun pertama. Dulu kena bayar 5% je, so, skang kire naik lagi 5%!

Macam Mana Nak Kire CKHT/RPGT Ni?
Sebelum nak tau berape harge cukai yang nak kena bayar, korang kena tau dulu jumlah Keuntungan Terkena Cukai (chargeable gain). Ni maknenyer jumlah yang korang dapat, lepas dah tolak harge pelupusan hartanah dari harge pembelian.
Satu lagi bende nak kena ingat, cukai tu hanye boleh dikenakan pade keuntungan modal bersih yang positif. Kirenyer, jumlah yang dah tolak harge pelupusan dari harge pembelian dan juge sume caj-caj yang perlu (cam yuran guaman, yuran pentadbiran, bayaran iklan dan duti setem). Pastu, keuntungan modal bersih tu didarab dengan kadar CKHT/RPGT yang sepatutnyer.

Pengecualian

Haaa Ni Ade Berita Baik Untuk Sesape Yang Nak Jual Hartanah. Kat Bawah Ni Ade Beberape Tawaran Pengecualian Untuk CKHT/RPGT. Cube Check, Mana Tau Korang Tak Yah Bayar Cukai Tu Kan:

1. Pengecualian untuk keuntungan penjualan satu hartanah kediaman sekali dalam seumur hidup.
2. Pengecualian untuk pelupusan hartanah antara ahli keluarge (cam antara ibu-bapa ngan anak-anak, suami-isteri, dan juge datuk-nenek ngan cucu-cucu).
3. Pengecualian untuk jumlah bersamaan dengan 10% daripade keuntungan terkena cukai, atau RM10,000 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap transaksi tak akan dikenakan cukai.

 Macam Mana Nak Hantar Bayaran CKHT/RPGT
  1. Isi dulu borang Pelupusan Harta Tanah (CKHT/ RPGT 1A). Ngan borang ni kena attach skali Perjanjian Jual Beli (SPA) dan sume dokumen yang menyokong potongan yang anda plan nak mohon dari CKHT/ RPGT.
  2. Kalau nak mohon untuk pengecualian CKHT/ RPGT, kena isi gak borang Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah Seksyen 27 A CKHT 1976 (CKHT 3).
  3. Sebagai penjual, kena pastikan jugak pembeli isi borang Sijil Perakuan Penyelesaian (CKHT 4), yang kena bagi sekali dengan salinan Perjanjian Jual Beli.
  4. Dah siap isi sume, serahkan borang-borang tu sekali ngan dokumen-dokumen sokongan di cawangan LHDN yang berdekatan dalam tempoh 60 hari.
  5. Korang jangan sal nak dapatkan borang-borang tu sume yer sebab pegi je mana-mana cawangan LHDN ataupun download je dari laman web LHDN.









 #leenaproperty

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !