Author Info

Instagram

Facebook

Categories 2

Labels

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Friday 26 April 2019

Peningkatan Harga Rumah Tidak Selari Dengan Kenaikkan Gaji

Peningkatan Harga Rumah Tidak Selari Dengan Kenaikkan Gaji 


 WASAP


KUALA LUMPUR: Kemampuan memiliki kediaman di setiap negeri di negara ini merosot dalam tempoh satu dekad, berikutan sikap pemaju yang tidak menyediakan kediaman berdasarkan keperluan pembeli, demikian menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
Laporan bertajuk ‘Memikirkan Semula Perumahan: Antara Negara, Pasaran dan Masyarakat’ mendapati terdapat ketidakpadanan antara gaji penengah (median) tahunan dan harga rumah penengah.


Menurut laporan berkenaan, antara 2012 dan 2014, pendapatan isi rumah meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 11.7 peratus, jauh lebih rendah daripada pertumbuhan harga rumah penengah, yang meningkat 23.5 peratus daripada RM175,000 kepada RM280,000.
Pengarah Penyelidikan KRI, Dr Suraya Ismail, berkata beberapa dasar seperti inisiatif ‘My Second Home’ yang dimonopoli oleh ekspatriat, mendorong pemaju untuk memberi tumpuan kepada keperluan perniagaan mereka.
Beliau berkata, harga rumah yang terlalu tinggi ketika ini sebahagian besarnya didorong oleh sikap pemaju yang hanya fokus untuk mencapai trajektori masing-masing.
“Skim kerajaan seharusnya diasarkan kepada isi rumah berpendapatan rendah yang mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar, tetapi tidak mampu mengakses pasaran kredit komersial,” katanya.
Dr Suraya berkata, pembeli rumah berpotensi seharusnya mempertimbangkan untuk menyewa dahulu dan hanya membeli hartanah apabila mereka mempunyai keupayaan kewangan.
Bagaimanapun, skim sewa-beli, yang membolehkan penyewa menyewa hartanah berkenaan untuk beberapa tahun sebelum memiliki harta itu, nampaknya pilihan yang boleh dilaksanakan, sekali gus meningkatkan pembeli berpotensi.
“Apabila anda memilih untuk sewa-beli, anda akan bayar lebih tinggi. Apabila gaji anda semakin naik, anda boleh membeli hartanah berkenaan. Paling penting, jangan beli rumah di usia muda jika merasakan kewangan anda tidak stabil. Menyewa dahulu tiada masalah,” katanya.
Laporan itu menyebut, penting bagi memastikan harga hartanah di bandar berpadanan dengan tahap pendapatan penduduknya.
Sebagai contoh, harga rumah di Seremban adalah sama dengan Lembah Klang, manakala paras upah penduduk di bandar itu adalah lebih rendah daripada mereka yang bekerja di Kuala Lumpur.
Dr Suraya berkata, jika paras upah meningkat di bandar-bandar utama yang lain, ia mampu meningkatkan keinginan orang ramai untuk mencari peluang di negeri lain, sekali gus mengurangkan kepadatan penduduk di Lembah Klang.
Menurut laporan berkenaan, harga rumah penengah iaitu rumah mampu milik direkodkan pada harga RM165,060 pada 2014 dan melonjak kepada RM188,208 pada 2016.
Lebih parah apabila unit kediaman yang dilancarkan di bawah harga RM200,000 hanya meliputi 20 peratus daripada jumlah kediaman yang dilancarkan dalam tempoh 2014 hingga 2016, manakala segmen kediaman berharga RM500,000 hingga RM1 juta terus memonopoli pasaran hartanah.
LEENA PROPERTY
LEENA (REN 07574)
Senior Negotiator
Maxxan Realty E(3)1766
018 6697338

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !