Author Info

Instagram

Facebook

Categories 2

Labels

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Monday 22 January 2018

Pembangunan berorientasikan transit pilihan pembeli hartanah

PEMBANGUNAN BERORIENTASIKAN TRANSIT PILIHAN PEMBELI HARTANAH

PEMBANGUNAN berorientasikan transit (TOD) adalah frasa baharu yang semakin popular dalam sektor hartanah Malaysia. Ia dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan jumlah pengguna jalan raya dan menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan mereka yang mahu tinggal atau bekerja hampir di tengah pusat bandar.

Apakah yang dikatakan oleh pakar?

TOD adalah satu kaedah berkesan untuk mencergaskan nilai hartanah dengan disokong oleh infrastruktur rel.

Kemunculan TOD, dalam masa sama, akan memacu pertumbuhan pembangunan hartanah bersepadu masa depan yang kemudian akan mengubah cara rakyat Malaysia bergerak, gaya hidup, corak pekerjaan dan pelbagai lagi.

Mana-mana pembangunan hartanah yang disasar kepada segmen pendapatan sederhana, tidak lama lagi perlu menggunakan konsep TOD bagi mengekalkan minat pembeli.

Pembaharuan dan evolusi teknologi akan mengubah cara penduduk bandar berfikir mendorong mereka untuk memilih bekerja dari rumah dan mencari pilihan untuk dari satu tempat ke satu tempat. Ia situasi menang-menang kerana kedua-duanya adalah kaedah terbaik mengurangkan kos hidup selain kesan tinggalan karbon.

Usaha untuk menumpu dan menyusun sistem pengangkutan rel (LRT dan MRT) di Kuala Lumpur, membantu mengukuhkan keyakinan bahawa ibu negara ini mempunyai segalanya untuk menjadi antara bandar raya paling boleh didiami menjelang 2020.

Bagaimanakah penyediaan TOD memberikan semua manfaat yang dikaitkan dengan komuniti sesuai didiami?

Membendung kesesakan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan insentif kepada pemaju yang membina pembangunan berkepadatan tinggi di TOD.

Mereka akan menikmati diskaun 30 peratus caj pembangunan bagi yang sanggup menyediakan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pembangunan dengan skim 'Parkir dan Tumpang' (membina tempat letak kereta bersebelahan stesen untuk menggalakkan rakyat menggunakan tren ke Lembah Klang).

DBKL merancang nisbah pengangkutan awam kepada kereta 60:40 berbanding sekarang ini iaitu 30:70.

Meningkatkan kualiti kehidupan

Kewujudan komuniti pelbagai guna dan berorientasikan pejalan kaki yang bergantung kepada sistem tren berkualiti tinggi akan membantu menyediakan gaya hidup seimbang dan kurang tekanan, sekali gus mengurangkan keperluan untuk menggunakan kereta.

Ia kemudian akan mengurangkan tekanan perjalanan di jalan raya dan lebuh raya yang sesak, sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan, kesihatan dan produktiviti rakyat.

Penekanan akan diberikan kepada TOD yang mengintegrasikan perumahan, pejabat dan elemen runcit ke pengangkutan awam bagi menggalakkan penggunaan transit.

Menggalakkan perumahan mampu milik

Buat permulaan, DBKL akan memperkenalkan 30,000 unit rumah untuk diserahkan kepada 120,000 penduduk di Bandar Malaysia.

DBKL menetapkan garis panduan pembangunan kepada pemaju untuk membina beberapa rumah di kawasan TOD berkeluasan kira-kira 800 kaki persegi dan berharga di bawah RM450,000.

Ini boleh dicapai melalui kerjasama awam-swasta. Sebagai contoh dibina di tanah milik kerajaan bagi mengurangkan kos pengambilan tanah, yang akan menghasilkan kos pembangunan lebih rendah.

Di mana TOD boleh didapati?

✔PJ Sentral
✔Cyberjaya City Centre
✔Kawasan Sentral
✔Hab pengangkutan utara Penang Sentral
✔Sunsuria City
✔Latitud8
✔Ara Damansara
✔Awan Besar
✔Kelana Jaya
✔IOI Puchong Jaya
✔Bandar Malaysia
✔Tun Razak Exchange
✔KL Metropolis
✔KL118
✔DC Residency Kuala Lumpur
✔Kawasan Damansara
✔D'Sara Sentral
✔Brickfields Tun Sambanthan
✔TTDI MRT Station

INFO↘

Adakah anda berhadapan dilema untuk memilih rumah idaman anda daripada projek terbaru yang kini berada di pasaran?

Layari
http://leenaproperty8.blogspot.com untuk mencari rumah impian anda sekarang.

Semoga penerangan ni dapat membantu anda semua.

#leenaproperty

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !