Author Info

Instagram

Facebook

featured Slider

Popular Posts

Pages

Navigation Menu

Twitter

Follow me on pinterest

Like us

Flickr

Thursday, 18 January 2018

6 Faktor yg anda perlu tahu sebelum anda memilih Hartanah Pertama Anda

6 FAKTOR YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM ANDA MEMILIH HARTANAH PERTAMA ANDA

Sebagai anak muda yang mahu jadikan hartanah sebagai pelaburan perlu tahu dan pandai memilih hartanah dengan baik.

Faktor pemilihan hartanah akan menjadi tunjang utama harga rumah akan naik mendadak pada masa hadapan.

Indah bukan jika beli hartanah berharga RM130K lepas 5 tahun harga dah naik RM300K?

Jadi apakah faktor pemilihan hartanah yang wajib kita tahu? Ada banyak, antaranya:

Faktor #1 Lokasi Yang Betul
Pemilihan lokasi adalah penting untuk memastikan hartanah kita berpotensi meningkat harganya.

Faktor #2 Keselamatan
Keselamatan perlu dititikberatkan. Jika hartanah yang ada pos pengawal, CCTV, polis bantuan ataupun berdekatan dengan balai polis akan menarik minat pembeli pada masa akan datang jika kita nak jual hartanah tersebut.

Faktor #3 Kejiranan
Jika kejiranan kita aman tenteram akan mudah meningkatkan lagi harga rumah tersebut. Sesetengah pembeli lebih suka jika kejiranan yang tidak majoriti kaum lain ataupun dikelilingi penyewa warga asing.

Faktor #4 Persekitaran
Persekitaran kurang mendapatkan perhatian termasuklah, kawasan mudah banjir, berdekatan bukit, tempat pembuangan sampah yang kita sendiri rasa tak selesa.

Faktor #5 Jalan Raya & Pengangkutan Awam
Hartanah terbaik ialah mempunyai laluan jalan raya yang baik. Hartanah berdekatan dengan lebuhraya akan meningkatkan harga rumah dengan cepat. Kemudahan pengangkutan awam seperti bas, teksi, LRT, komuter dan sebagainya dianggap berpotensi besar. Jalan sesak menandakan kepadatan penduduk.

Faktor #6 Kemudahan Prasarana

Antara prasarana penting ialah restoran, kedai runcit, bank, masjid, pasaraya, bangunan perniagaan, dan sebagainya.

Memilih itu penting tapi jangan terlalu memilih. Ada hartanah bawah market value, Return Of Investment (ROI) cun melecun grab saja hartanah tu. Jangan tunggu lama-lama.

Seperti saya selalu tekankan, ini hanya panduan saja. Nak lebih mendalam rujuk pakar, baca buku, pergi seminar hartanah dan belajar daripada mentor hartanah okay?

Faktor di atas akan memerlukan bajet dan modal agak tinggi tapi berbaloi. Simpanlah sedikit demi sedikit wang untuk buat deposit rumah. Adakah korang masih suka membazir dan berbelanja serupa tiada hari esok?

#leenaproperty

No comments:
Write comments

Interested for our works and services?
Get more of our update !